Sabtu, 27 Mac 2010

Bersabar Dengan DugaanNya..


www.iluvislam.com
Oleh : aquue
Editor : naadherah

**Artikel ini sesuai untuk dibaca oleh pelajar sekolah emotions **



"Ija jahat, Ija hodoh!!" jerit seorang lelaki bernama Aidi yang tiba-tiba datang mengganggu ketenangan seorang gadis yang tidak tahu apa kesalahannya. Mereka sekelas.

Rakan-rakan mereka yang lain hanya memandang sepi. Takut menyampuk akan memburukkan lagi keadaan.


Ija hanya mendiamkan diri. Dia sudah tidak mahu bertanya apakah kesalahannya. Acap kali benar dia bertanya namun, tiada jawapan yang diperolehinya. Hanya bersabar dengan kerenah rakan sekelasnya itu. Tidak cukup dengan itu, Aidil menghampiri Ija lalu di sepaknya kerusi Ija.
Terkejut!! Itulah ekspresi Ija.

"Kau ni kan..hisy, aku bencilah tengok muka kau!!" kata Aidil dengan mimik muka yang begitu benci sekali.

'Apa salah aku!! Ya Allah, sabarkan lah hati hambaMu ini' pinta Ija dalam hati.

Sebenarnya sudah banyak kali Aidil melakukan perkara sebegitu. Sekiranya semasa sesi pembelajaran, Aidil akan menggunakan apa yang berkaitan untuk mengutuk Ija. Pernah sekali Ija yang hitam manis itu diperlekehkan di hadapan guru mereka. Seboleh-bolehnya, dia tidak mahu mengalirkan air mata.


"Cikgu, orang India, kebanyakan warna kulit mereka warna apa, ya?" tanya Aidil sambil matanya dikerlingkan ke Ija.

"Hitamlah." jawab guru yang malas melayan kerenah anak didiknya yang agak nakal itu.

"Tapi, muka orang Melayu pun hitam juga, cikgu! Agak-agak keturunan apa mereka itu,ya?"
serentak dengan itu, suara pelajar lelaki kedengaran mentertawakan Ija.
Cikgu mereka yang kurang faham mengapa pelajar mereka ketawa, bertanya untuk mendapatkan kepastian.

"Aidi maksudkan Ija, cikgu." beritahu beberapa pelajar lelaki. Serentak, muka Ija merasa panas. Malu, sedih menguasai diri apabila diperlekehkan di hadapan guru mereka. Cikgu hanya menasihati murid-murudnya yang nakal itu.

Sebak menguasai Ija. Apabila cikgu keluar kelas, dia terus berpura-pura tidur. Hakikatnya, dia mengalirkan air mata. Terasa diri begitu rendah apabila maruahnya dimain-mainkan dan dijadikan bahan ketawa. Namun, jauh di sudut hati kecil, dia tidak menyimpan dendam. Rakan sebelah Ija yang memahami rakannya hanya mengusap lembut belakang rakannya. Sering kali Ija diperlakukan sebegitu.

Suatu hari semasa prep malam, mood Aidi yang tidak begitu elok menjadikan Aidi mengamuk di dalam kelas. Pantang ditegur, melentinglah jawabnya. Tidak dijangka semua, tiba-tiba, Aidi membaling barangnya kepada Ijah.

"Argh, aku benci kau!" bekas pensel yang agak besar itu tepat mengenai dada Ija. Ija yang terkejut lantas berundur ke belakang kelas. Rakan-rakannya yang lain mengeruminya.

"Sakit!!" hanya itu yang diluahkan oleh Ijah.

"Hei, Aidi!! Apasal kau buat macam ni kat Ija, ha?? Apa salah dia?" tanya seorang rakan Ija yang agak emo ketika itu. Air matanya bergenang melihat keadaan Ija yang diperlakukan sesuka hati.

"Korang, senyap!! Aku benci dia!! Aku nak dia mampus!!" jerit Aidil lantang memecah kesunyian kelas ketika itu.

Dam!! kata-kata itu bagaikan sembilu kepada Ija. Hatinya pedih sekali. Lantas, air mata laju mengalir. Dia sedih. Rakan sekelasnya benci akan dirinya. Apa salahnya?? Mengapa dia dibenci sampai begitu sekali. Mengapa??!!

"Ya Allah!!" hanya itu yang mampu Ija luahkan. Rakannya yang lain juga begitu terkejut.

"Tak apa Ija, nanti kita beritahu ustazah, ya?" minta seorang rakannya untuk memberitahu hal itu kepada guru kelas mereka.

Ija hanya menunduk tidak memberi respon. Hatinya hiba sekali. Tidak lama kemudian, Aidi keluar kelas.


Hal itu sudah di maklumkan kepada ustazah. Ketika di dalam kelas semasa sesi pembelajaran, ustazah menasihati Aidi dan mengenakan hukuman ke atasnya.

Aidi yang baru dilihat cukup berubah. Syukurlah!

"Ija, aku mintak maaf kat kau." pinta Aidi di suatu hari. Ija seperti biasa hanya mendiamkan diri sahaja. Di alihkan pandangannya kearah rakan-rakannya. Mereka menggeleng-gelengkan kepala menandakan agar tidak menerima kemaafan itu.

Aku menjadi serba-salah. Namun, aku hanya menundukkan muka. Usahanya tidak sampai di situ sahaja. Dia terus memujuk Ija.

"Ija, kau maafkan aku. Kau jangan diam macam ni. Please..!!" pandai sungguh Aidi buat muka kesian sampai Ija mengeluarkan kata.

"Kenapa kau benci sangat aku? Aku tak buat salah pun kat kau. Kenapa?" air matanya mula bergenang. Hati gadis mana yang tidak tersentuh mengenangkan dirinya di benci.


"Aku mintak maaf sangat-sangat. Bila ustazah nasihat aku, aku baru rasa yang aku dah buat kesalahan besar kat kau. Sorry.." kata Aidi sayu.

"Baiklah, aku maafkan kau. Mungkin kau terganggu masa tu. Aku tak ambil hati pun apa yang kau cakap tu." bohong Ija untuk mengambil hati Aidi.

"Aku malu sangat. Kau tak ambil hati pun sedangkan aku dah buat macam-macam kat kau."

"Tak apa. Allah nak uji kesabaran aku. Tapi, kau mesti janji, kau tak akan bercakap walau sepatahpun dengan aku lepas ni. Kau jangan ingat aku kecik ati pulaik, aku buat macam ni pun tak nak perkara tu berulang lagi." tutur Ija tenang.

"Baiklah, terima kasih atas segala-galanya." Aidi berlalu sambil tersenyum girang.

"Yes, Ija dah maafkan aku." beritahu Aidi kepada rakannya.

Kawan-kawan Ija yang mendengar berita tersebut lantas datang menemuinya.

"Ija, kau dah maafkan Aidi?" tanya seorang rakannya tenang. Mereka yang lain kelihatan dalam keadaan marah kecuali rakan sebelah Ija.

Ija hanya mengangguk kepalanya sahaja.

"Kau tahu tak, kitaorang susah payah pergi jumpa ustazah, untuk beritahu yang Aidil tu mengata kau. Kau tahu kenapa, pasal kitaorang kawan kau!!!" ujar rakannya marah.

"Tapi kau senang-senang aje pi maafkan mamat yang selama ni, kau ingat aku tak tahu?? kau nangis pasal dia lah kan?."sampuk yang lain pula.

Ija hanya mampu menundukkan kepalanya. Sebak menerpa dirinya.

"Dah lah, inilah kawan yang kita bela selama ini!! Malah, dia buat kita macam orang bodoh aje. Sia-sia lah pengorbanan kita!"

'Ya Allah!!' Ija tersentap.

Seorang lagi rakan Ija yang baru tiba dari tandas terpinga-pinga melihat mereka yang dalam keadaan marah. Manakala Ija pula menundukkan kepalanya sahaja. Apahal ni?

"Korang, apasal ni??" tanya dia mahukan kepastiaan.

"Entah, aku malaslah berkawan dengan orang yang pentingkan diri ini. Tak hargai langsung jasa kawan sendiri. Aku benci lah!"

Damm!! sekali lagi Ija merasa pedih yang teramat. Kalau Aidi membencinya, dia tidak berasa kisah kerana dia masih ada rakan yang lain. Namun, apabila rakannya sendiri membencinya kepada siapa lagi dia hendak mengadu.

"Aku mintak maaf korang. Aku tahu aku salah. Tapi, sebagai kawan aku rasa aku patut maafkan dia."

"Oh, orang yang selalu kutuk kau, hina kau, kau anggap kawan. Tapi, kawan kau yang dah banyak sokong kau ni, apa?!"

Hati Ija semakin hiba. Tangisan yang tadi di bendung kini mengalir laju. Kakinya pantas di atur ke tandas. Dia tidak betah lagi berada di kelompok rakannya yang dirasakan amat membencinya.

Mujur di tandas tiada orang. Dia memeluk lutut melepaskan semua tangisnya. Seorang rakannnya yang berhati mulia simpati melihatnya mengikuti langkahnya hingga ke tandas. Di usap perlahan Ija yang tersedu-sedu ketika itu.

"Kau okey, Ija?"

Ija hanya mengganguk kepalanya sedikit.

"Kau pergi lah masuk kelas. Nanti cikgu cakap apa pulak. Biarlah aku sorang-sorang kat sini. Kalau aku masuk kelas pon, bukannya diorang suka aku." balas Ija dalam tangisannya.

"Tak apa. Cikgu Math kan tak ada. Apa yang terjadi tadi? aku tak faham lah."

"Diorang benci aku." samakin menjadi-jadi tangisannya.

"Aku dapat bayangkan, lepas ni mesti diorang pulaukan aku."

"Dah, dah..aku kan ada."

"Tapi, kau sorang. Pasti kau tersepit. Aku tak nak libatkan kau." jawab Ija. Beberapa ketika kemudian, dia menjadi reda sedikit. Disapunya segala air mata dan ingin melupakan segala-galanya. Hanya pada Allahlah dia memohon agar segalanya menjadi baik.

"Aku tanya,boleh?" setelah dilihat Ija hanya mengganguk, dia meneruskan pertanyaannya.

"Kenapa diorang tengking kau tadi?"

Mendengar sahaja soalan rakannya, tangisan Ija tercetus kembali. Bahunya terhenjut-henjut. Dia benar-benar sedih. Mukanya terasa panas dan merah padam.

"Ati, diorang benci aku. Tadi tu, diorang sindir-sindir aku. Aku sedih sangat. Aku tak nak ini berlaku. Aku tak nak bermusuhan selama-lamanya." Ija meluahkan dengan suara yang tersekat-sekat menahan tangis.

"Aku juga tak nak bermusuhan dengan sesiapa pu. Kalau tidak, aku tak akan maafkan Aidi tu. Kalau aku tahu ini jadinya, aku akan maafkan Aidi dalam hati aje. Tapi, aku tak tahu!" matanya memandang tepat mata temannya yang baik hati itu.

"Dah, biarlah diorang tu. Aku ada kan?. Kau jangan tunjukkan yamg kau lemah, Ija. Nanti, okeylah tu. Insyaallah..Jom, masuk kelas. Buruklah menangis macam ni. Kau kan tabah. Dah, dugaan kau sikit aje tau? Orang lain lagi besar. Mak ayah diorang tak ada. Kau masih ada lagi kawan dan keluarga kau yang lain. Hal diorang tu, kau buat bodoh aje. Aku tahu kau lembut hati, pemaaf. Dah, kau tak salah, Ija. Basuh muka kau tu." panjang lebar dia memberi nasihat kepada Ija.

Ija kini merasa tenang sedikit.

"Thanks Ati." ujarnya. Mereka sama-sama melangkah ke kelas.

Di dalam kelas, Ija diam di tempatnya. Di kawal perasaannya agar bersikap biasa. Kalau sebelum ini jika mereka bertemu pandang, mereka akan berbalas senyuman namun, kali ini mereka akan memalingkan muka ke arah lain.

Keadaan itu membuatkan Ija menjadi sebak semula. Di tahan matanya agar tidak menangis, namun dia gagal. Air mata yang merembes laju ditambah keadaan kelas yang hampir semua orang tidur, membuatkan Ija nekad untuk keluar dari kelas. Dia tidak betah lagi menahan sebaknya.


Lokasi yang ditujunya ialah tandas. Kali ini, dia pastikan tiada sesiapa yang menyedari dia keluar kelas. Ketika di tandas, dipandang wajahnya di dalam cermin. Matanya merah berair. Hidungnya juga merah. Mukanya yang hitam manis itu turut merah.

'Kau memang tak guna kan,Ija? Sudahlah dulu orang benci kau. Kini, rakan kau sendiri yang benci kau. Ini semua pasal Aidi!!. Ya, Aidi tak guna!!'

Namun, dia cepat-cepat beristifar mengingat Allah. Sepatutnya, dia tidak patut menyalahkan sesiapa. Ini adalah takdir dan Allah sedang mengujinya. Dia sepatutnya redha bukan menyalahkan takdir.

Tandas itu di rasakan bukan tempat yang sesuai untuknya. Dia perlukan ketenangan. Dia nekad mahu ke surau sekolah yang agak jauh. Dia mahu bertemu Allah! Diaturnya langkah ke surau sekolah. Dia sedar, dia boleh ditangkap memonteng oleh guru walaupun guru Mathnya tiada saat itu.


Syukurlah, tiada halangan yang menghalang untuk ke surau. Diambil wuduk dengan penuh khusyuk. Tenang!

Ya, itulah yang di rasanya sekarang. Al-Quran yang kini dihadapannya ditatap sedih. Terbayang semula kejadian yang berlaku tadi. Ayat-ayat suci Al-Quran dibaca dangan tersekat-sekat. Jika selama ini, dia begitu lancar membaca kalam Allah itu, kini sebak yang menguasai diri menjadikan bacaannya sedikit terganggu. Dia acap kali menyapu air matanya namun, ianya masih galak keluar. Astaghfirullahaladzim..itulah yang diucapnya tatkala tidak dapat membendung sedih lagi.

Setelah beberapa lama dia membaca Al-Quran, datang Ati dan Azi memberi salam. Di tamatkan bacaannya.

"Ija, aku dan Azi dah cari kau merata-rata. Asalnya kitorang pergi ke tandas, kau tak ada. Kesitu, kesini pun kau tak ada. Rupanya kat sini kau."

Ija hanya tersenyum hambar. Air matanya sudah kering ketika itu. Kemudian, datang pula dua orang rakan Ija yang menengkingnya tadi. Ija hanya berlagak tenang melihat mereka menyusun langkah ke arahnya.

"Ija"panggil mereka serentak. Ija memandang mereka dan bersedia mendengar apa sahaja ketika itu.

"Okey, kitaorang bukan benci kau tapi, kitaorang nak kau sedar yang siapa selama ini yang buat kau merana. Aku tahu kau, lembut hati. Tak suka cari pasal, tapi kau hargai sikit kawan kau ni." ucapnya penuh emosi kepada Ija.

Airmata Ija mengalir lagi. Murah sungguh airmatanya hari itu.


"Aku pun tak boleh tengok kau menangis macam ini, tapi itulah. Aku kesal tau dengan kau. Macam kau lebihkan Aidi daripada kawan kau sendiri. Aku pun malas cakap lagi lah. Aku harap kau faham. Ati dan Azi hanya memerhati kedua rakannya menyelesaikan masaalah dengan Ija.

"Memang nabi pon ampunkan umatnya yang ramai tu. Yang tak kira kaum dan agama tu. Apatah lagi kita kan? Tapi, aku nak kau faham yang kitaorang tak nak kau di permainkan oleh Aidi. Nanti dia senang-senang permainkan kau lagi dan lepas itu, mintak maaf. " Ija hanya mengangguk bersama airmata yang setia menemaninya.

"Biar dia pulak yang rasa sakitnya untuk memperolehi sebuah kemaafan yang belum tentu sepadan dengan apa yang dia telah buat kat kau. Kitaorang nak sokong kau. Kami semua kawan kau. Kami tak benci kau." terang rakan Ija yang sudah bergenang airmatanya yang menunggu masa sahaja untuk gugur.


"Tapi, kalau kau benar-benar buat macam tu lagi, maknanya kau perlekehkan nilai persahabatan yang kita yang begitu suci dan, aku anggap kau sengaja mencemarkannya. Masa tu, aku tak akan maafakan kau lagi. Sesiapa pun."

"Aku mintak maaf. Korang tolonglah bimbing aku. Aku tahu, aku tak pandai bezakan yang mana baik, yang mana buruk." ucap Ija sayu. Dia tidak menyampuk, takut memburukkan keadaan. Segala butir bicara rakannya didengar teliti.

"Kitaorang buat ni pon demi kau,kawan kitaorang." mereka menyatakan lagi.


"Aku mintak maaf!!" ulang Ija lagi.

"Sudahlah, jom kita masuk kelas. Masa Math pon dah nak abis ni. Nanti masa Bi pulak. Jom!"

"Jom!" balas Ija keriangan. Dipegang erat tangan kawan-kawannya itu. Mereka berlima menyusun langkah menuju ke kelas.

'Alhamdullilah. Semuanya selesai berkat dari Ilahi.' desis hati Ija.

Nyata, semua yang berlaku ada hikmah yang tersendiri yang telah ditentukan olehNya. Kita sebagai manusia harus menerimanya dengan tabah dan redha dan setiap dugaan, pasti ada ganjaran daripada Allah SWT. Insyaallah.

Isnin, 16 November 2009

=)) Senyum Redha..Lawak x??


kalau anda pikir anda masih _s_ _ _
bacalah...kalau
tidak...

.....Allah saja yang tahu...
Message: Tolonglah ambil masa 2 minit untuk
membaca
ini....
kalau lebih dua
minit
tu bukan membaca la tu..tapi mengeja.. ;-)


Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi
Maha
Pengasih...


Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu
hari pada masa
Sembahyang Jumaat yang di hadiri oleh lebih
kurang
1,000 jemaah...
tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi
seluruh tubuhnyer dgn
pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji
mata and
membawa mesin
gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik "
"Sesiapa yang sanggup
MATI
kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"
Selepas
mendengar amaran
lelaki
itu maka segeralah bertempiaran lari para
jemaah
itu
utk
menyelamatkan
diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya
tinggal lebih
kurang
20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat
masing-masing termasuk
Pak
Iman tu... Lelaki yang bertempik tadi segera
membuka
tutup mukanya
lalu
melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok
Pak
Iman, saya dah
halau
SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak
Iman
mulakan sembahyang
Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling
dan
meninggalkan
jemaah.... Macammana.. adakah anda rasa lawak
dgn
cerita di atas.
selain
terhibur anda fikirlahlah...


" Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia
Islam hanya
20 yg
betul-betul
beriman... "


" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah
lupakan
ALLAH bila
menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya
membawa
mesin-gun.. dia tak
kata
pun
nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah..
baru
kena ugut
terus
lari
lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang
jumaat
lagi..."


"Lawak, ada juga yang agamanya cuma
seminggu sahaja..
tu pun bila time
sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org
kampung.. ada
tu lagi dashyat
setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."


"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip
dan apa
yang di tulis
oleh surat khabar daripada apa yang tercatit
dalam
al Quran"


"Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia
hanya
sementara, akhirat
adalah
tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba
mengejar dunia"


"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend
atau
girlfriend
berejam-rejam
tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup
masa..


Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak
thread atau email
yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua
tempat
tapi merasa berat
nak berkongsi dan nak hantar artikel2
yang
berunsur
agama


Lawak kan ??? Kenapa gelak tu kan realiti.. tapi
yg
paling lawak
sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni
akan
sampaikan kat
orang
lain... berapa orang yang akan buka email ni
untuk
luangkan masa
membaca? berapa banyak????
wallahuaallam..
Ape ulasan anda?? Sila tinggalkan ulasan anda untuk dikongsi... =)

Jika Kita Ditakdirkan Begini...

Suatu pagi aku terbangun dan berpeluang melihat mentari terbit. Aaah... kecantikan alam ciptaan Allah memang tiada tolok bandingannya. Sedang aku memerhati, aku puji Tuhan atas segala keindahan yang disajikanNya itu. Lalu terjadilah perbualan yang menginsafkanku.
Apabila Dia bertanya, "Jika kamu ditakdirkan cacat anggota, adakah kamu akan mencintaiku?"
Aku lihat tangan, kaki dan seluruh anggotaku, aku teringat pelbagai kerja yang mustahil aku lakukan tanpa anggotaku yang selama ini tidak kusedari kepetingannya. Lalu aku jawab, "Tentunya ia amat sukar bagiku, tetapi akan aku tetap mencintaiMu."
Apabila Dia bertanya, "Jika kamu ditakdirkan buta, apakah kamu akan tetap mencintaiKu?" Bagaimana aku mencintai sesuatu yang tak mampu kulihat, tapi terfikir ramai orang yang ditakdirkan buta di dunia ini masih mencintai Allah dan segala ciptaanNya. Lalu aku jawab, "Amat sukar bagiku membayangkan keadaanku yang sedemikian rupa, namun aku tetap akan mencintaiMu ya Allah!"
Apabila Dia bertanya, "Jika kamu ditakdirkan pekak, adakah kamu akan tetap mendengar kata-kataKu?" Bagaimana mungkin aku mendengarjika aku pekak. Kemudian aku sedar bahawa mendengar itu tidak semestinya menggunakan telinga, tetapi menggunakan hati. Aku jawab "Walaupun takdir itu amat berat bagiku, namun aku akan tetap menyintaiMu."
Apabila Dia bertanya, "Jika kamu ditakdirkan bisu, adakah kamu akan terus memujiKu?" Bagaimana aku boleh memuji tanpa suara? Aku terfikir bahawa Allah mahu kita memujiNya dari dalam hati dan jiwa kita, tidak penting bagaimana bunyinya. Lalu aku jawab, "Sungguhpun aku tidak mampu untuk menyembunyikan pujian bagiMu, namun aku tetap akan memujiMu."
Apabila Dia terus bertanya, "Adakah kamu benar-benar menyintaiKu?" Dengan nada yang tegas dan penuh keyakinan aku jawab, "Ya, benar Tuhanku, aku menyintaiMu kerana Engkaulah satu-satunya Tuhanku dan Tuhan yang sebenar!"
Aku fikir jawapanku tadi sudah cukup bagus untuk menjawab semua pertanyaanNya tadi, tetapi Dia bertanya lagi, "Kalau begitu, mengapa kamu masih melakukan dosa?" Aku jawab "Kerana aku cuma manusia biasa yang selalu lalai, aku tidak sempurna, aku bukan maksum."
Dia terus bertanya, "Kalau begitu, kenapa ketika kamu senang dan gembira kamu lupa akan Aku, kamu lari jauh daripadaKu tetapi ketika kamu susah atau mahukan bantuan, kamu terus ingat kepada Aku, kamu datang dekat dan erayu kepada Aku? Mengapa kamu kadang kala sujud menyembahKu dan kemudian membelakangiKu, tidak pedulikanKu? Mengapa kamu datang mencariKu hanya ketika kamu mengingatiKu? Mengapa kamu meminta dengan penuh tamak dan pentingkan diri sendiri? Mengapa kamu meminta padaKu sedang kamu tidak setia kepadaKu? Mengapa kamu sering membuat alasan ketika Aku memberi peluang untuk berkhidmat di jalanKu?"
Kurasakan titisan panas mengalir deras membasahi pipiku tanpa henti. Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi...
Ya Tuhan...

Selasa, 10 November 2009

Cahaya imanku..

Islamic Greeting Card by Alhabib. Visit www.al-habib.info for more greeting cards like this!
Wanita soleha itu apabila bersolat dia khusyuk..
Berzikir dia nangis..
Bertadarus difahamkan maksudnya..
Beribadat dia istiqomah..
Diberi tanggungjawab dia amanah..
Diuji dia sabar..
Dilihat dia
malu..
Dimarah dia tenang..
Dicerca dia diam..
Dikutuk dia senyum..
Menutup aurat keamanan baginya..
Menyayangi sifat abadinya..
Mencintai hanya kerna Ilahi..
Mengerat ukhwah sunnah Nabi..
Tiada memutus sillaturrahim..
Jauh sekali mengkhianati insani..
Tidak melatah..
Tidak mudah marah..
Dicabar tidak gentar..
Tapi tidak dituruti..
reNUNG-reNUNGkaN dan $eLaMat BeraMaL!!

Isnin, 9 November 2009

Syurga Milikmu..

SELAMATKAN PALESTIN!!
palestin Pictures, Images and Photos
Astagfirullah hal 'adzim...

Ya Allah..
Dimana silapku, dimana salahku..?
Ampuni aku ya Tuhanku..

Ya Allah..Aku disini selamat,
Aku disini tersenyum,
Aku disini bergelak tawa,
Sedangkan..
Adik-adikku di sana diancam,
Berjujuran mengalir air mata mereka..
Mereka lemas dalam darah keluaga mereka..

Adik..
Akak lihat dik, badan montelmu ditembusi peluru..
Akak nampak anggota badan adik berkecai..
Akak dengar adik merintih meminta tolong..
Maafkan akak dik..
Ampuni akak dik..
Sungguh akak tak bedaya melawan mereka..
Tapi akak pasti, segalanya akan berakhir..
Akak mendoakan adik..
Adik..
Sabarlah..
Allah melihat kekejaman mereka..
Allah melihat penghinaan yang mereka lontarkan padamu..
Allah akan tolong kita dik..
Seperti Allah tolong agama kita dahulu..
Seperti waktu peperangan Badar dulu..
Turunnya bantuan dari langit..
Beribu-ribu malaikat yang turut hadir waktu peperangan itu..

Adik,
Usahlah gusar..
Janganlah bersedih lagi..
Yakinlah dik, Allah sedang bersamamu..
Didampingmu..Dihatimu..
Telah dekat bantuan Dia menghampirimu...

Ya Allah,
Kau lah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Dengan kalimahMu..
Dengan bilangan rahmatMu..
Aku memohon hanya padaMu,
Kasihanilah rakyat Palestin..
Peliharalah mereka, selamatkanlah mereka dari rejam Israel dan Zionis terkutuk!!

Hanya Engkaulah yang bisa menyelamatkan mereka..

Aku pinta padaMu ya Rahim..
Laknatilah Israel, Zionis dan sekutu mereka semua..
Habisi mereka, hancuri mereka sehancur-hancurnya tanpa IhsanMu ya Tuhan Yang Maha Menimpakan Celaka...

Selawat dan salam keatas Nabi junjungan Muhammad s.a.w, keluarga baginda dan sahabat-sahabat baginda semuanya.

Amiin ya Allah..
Amiin ya Rahman..
Amiin ya Rahim..

palestin Pictures, Images and Photospalestin Pictures, Images and Photos

Duhai yang mengerti..