“Bismillaahir
rohmaanir rohiim, Bismillaahisy syafi, bismillaahil kaafi bismillaahil mu’aafi,
Bismillaahil la-dzi laa ya-dhur-ru ma’as-mihi syai-un fil ardhi walaa
fis-samaa’i wahuwas samii’ul aliim ”
Bismillah 5
adalah pendinding dan ayat penyembuh (syifa) segala
penyakit serta amat bermanfaat dan amat baik dijadikan sebagai amalan
seharian.
Fadhilat Bismillah
5
Kelebihan dan
kebaikan ‘Bismillah 5’ adalah seperti berikut:
1. Menghalang jin
dan syaitan
2. Terpelihara dari
bahaya dan musuh
3. Penawar pelbagai
racun dan bisa.
4. Penawar penyakit
gila meroyan.
5. Melegakan bengkak
dan benjol.
6. Penawar kepada
penyakit bisa-bisa tulang
7. Mengubati
penyakit bisa-bisa di dalam badan.
8. Penawar segala
jenis racun, santau dan bisa binatang
9. Boleh digunakan
untuk mengubati penyakit yang tidak diketahui puncanya.
Kaedah Merawat
1.
Letakkan tangan di tempat yang sakit.
2.
Baca ‘Bismillah 5’ ini sebanyak tujuh kali
dengan hati yang ikhlas dan khusyuk.
3.
Hembuskan juga pada segelas air lalu diberi minum dan disapu di
tempat yang berkenaan.
4.
Sapukan di tempat yang sakit ataupun disapukan ke satu badan.
5.
Sekiranya anggota yang sakit tidak boleh di sentuh dengan tangan
kerana sakit atau sukar, bolehlah letakkan tangan di bahagian anggota lain
dengan iktikad bahawa anggota tersebut adalah anggota yang sakit.
6.
Bagi kes kecemasan, boleh dibacakan terus ‘Bismillah
5’ sambil meletakkan tangan di tempat tersebut.
7.
Jika kepala anak benjol sebab terhantuk, baca ‘Bismillah
5’ ini sekali sambil tuamkan ais batu atau air suam di tempat
sakit. InsyaAllah dapat melegakan.
8.
Bacalah selawat ke atas Nabi Muhamad Sallallahu Alaihi
Wasallam dan ayat ini sertakan doa kepada Allah agar disembuhkan
segala penyakit.
Amalan Bismillah 5
1. Ayat ‘Bismillah
5’ ini diletak sebagai doa dan boleh dibaca sebelum memakan atau
minum ubat.
2. Amalkan membaca ‘Bismillah
5’ kemudian baca ‘Bismillah
6’, sebanyak 33 kalisetiap kali lepas
solat.
3. Sekiranya ‘Bismillah
5’ diamalkan secara istiqamah, ianya boleh menolak santau dalam
makanan dan minuman.
4. Bekas berisi
makanan/minuman yang dihidangkan akan pecah dengan sendirinya jika dipegang
oleh pengamal ‘Bismillah 5’.
5.
Bacalah dengan yakin dan khusyuk dan hanya kepada Allah SWT
sajalah kita bergantung harap.
‘Allah Maha Mengasihani
dari segala-galanya dan Dia adalah sebaik-baik Pemelihara dan Maha Memberi
Pertolongan.’
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish
Shawab
(Hanya Allah
Maha Mengetahui apa yang benar)
sumber : http://shafiqolbu.wordpress.com/2012/04/12/khasiat-bismillah-5/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan