Nak tahu perangai ana hehe....n perangai mereka2 yg lahir sama pada bulan Januari , berdasarkan kajian 25 thn Dr Fadzillah Kamsah ana/ kami se0rang yg :-

*sgt mudah melihat kelemahan org dan suka mengkritik               *perlu belajar kemahiran sosial       *suka mendidik & dididik
*bercita-cita tinggi dan orgnya serius            *agk pemalu, daya tumpuan yg sgt tinggi                                 *pendiam kecuali telah dirangsang                        *cukup cemburu yg sgt tinggi                 *cukup sayang pd kanak-kanak                         *bersifat sensitif , berfikiran mendlm  org lain                                                *mudah mendisiplinkan diri sendiri                *setia pd segala- galanya            *rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan                                                         *bersikap romantik tp x pandai mempamerkannya suka duduk rumah            *suka smart, kemas dan teratur

Yg baik diatas memg dh jd sbg peransang utk bersifat mahmudah tp lau yg negatif tuu,, masih dlm mendidik hati =P lalala~~

Sabtu, 24 November 2012

Kisah Bapa Sin Chan Yang Sentap!

 



Suatu pagi ayah Sin Chan terbangun dan berpeluang melihat mentari terbit. Aaah... kecantikan alam ciptaan Allah memang tiada tolok bandingannya. Sedang ayah Sin Chan memerhati dan memuji Tuhan atas segala keindahan yang disajikanNya itu. Lalu terjadilah perbualan antara si ayah dan anak yang menginsafkan bapa Sin Chan.

Apabila Sin Chan bertanya, "Jika ayah ditakdirkan cacat anggota, adakah ayah akan mencintai Allah?" Ayah Sin Chan lihat tangan, kaki dan seluruh anggotanya,  teringat pelbagai kerja yang mustahil dia lakukan tanpa anggotanya yang selama ini tidak dia sedari kepetingannya. Lalu ayah Sin Chan menjawab jawab, "Tentulah ia amat sukar bagi ayah, tetapi ayah akan tetap mencintai Allah."
Apabila Sin Chan bertanya, "Jika ayah ditakdirkan buta, apakah  ayah akan tetap mencintai Allah?" Bagaimana ayah mencintai sesuatu yang tak mampu   ayah lihat, tapi terfikir ramai orang yang ditakdirkan buta di dunia ini masih mencintai Allah dan segala ciptaanNya. Lalu  ayah Sin Chan menjawab, "Amat sukar bagi ayah membayangkan keadaan ayah yang sedemikian rupa, namun ayah Sin Chan ini tetap akan mencintai Allah!"
Apabila Sin Chan bertanya, "Jika kamu ditakdirkan pekak, adakah ayah akan tetap mendengar kata-kata Allah?" Bagaimana mungkin ayah mendengar jika ayah pekak. Agak-agaklah Sin Chan. Kemudian ayah Sin Chan sedar bahawa mendengar itu tidak semestinya menggunakan telinga, tetapi menggunakan hati. Ayah Sin Chan menjawab "Walaupun takdir itu amat berat bagi ayah, namun ayah akan tetap menyintai Allah."
Apabila Sin Chan bertanya, "Jika ayah Sin Chan ditakdirkan bisu, adakah ayah akan terus memuji Allah?" Bagaimana ayah boleh memuji tanpa suara? Ayah Sin Chan terfikir bahawa Allah mahu kita memujiNya dari dalam hati dan jiwa kita, tidak penting bagaimana bunyinya. Lalu ayah Sin Chan jawab, "Sungguhpun ayah tidak mampu untuk menyembunyikan pujian bagi Allah, namun ayah tetap akan memuji Allah."
ApabilaSin Chan terus bertanya, "Adakah ayah benar-benar menyintai Allah?" Dengan nada yang tegas dan penuh keyakinanayah Sin Chan jawab, "Ya, benar anakku, ayah menyintai Allah kerana Dialah satu-satunya Tuhan kita dan Tuhan yang sebenar!"
Ayah Sin Chan fikir jawapanku tadi sudah cukup bagus untuk menjawab semua pertanyaan Sin Chan tadi, tetapi Sin Chan bertanya lagi, "Kalau begitu, mengapa ayah masih melakukan dosa?" Ayah Sin Chan jawab "Kerana ayah cuma manusia biasa yang selalu lalai, ayah tidak sempurna, ayah bukan maksum."
Sin Chan terus bertanya, "Kalau begitu, kenapa ketika ayah senang dan gembira ayah lupa pergi sembahyang di masjid, Sin Chan pergi seorang saja, ayah tidak bersedekah lebih pada Sin Chan dan orang miskin yang memerlukan?
Tanpa disedari kehadiran ibu Sin Chan, Ibu Sin Chan mencelah bersama di sebelah Sin Chan dan bertanya, "Mengapa ayah kadang kala sujud menyembah Allah dan kemudian membelakangi pula, tidak pedulikan Allah dan amanah Allah ni? Mengapa ayah selalu meminta layanan dari ibu dengan penuh tamak dan pentingkan diri sendiri? Mengapa ayah meminta pada Allah sedang ayah tidak setia kepadaNya dan sering membiarkan ibu tidak menutup aurat dan menunaikan solat? Sin Chan, ,adik tidak diberi didikan ilmu ke Syurga? Mengapa ayah sering membuat alasan ketika Allah memberi peluang untuk berkhidmat di jalan Allah? Sampai bila ayah ingin terus membiarkan ibu menjadi mualaf buta?"
Ayah Sin Chan merasakan titisan panas mengalir deras membasahi pipinya tanpa henti. Ayah Sin Chan tidak mampu berkata apa-apa lagi... Ayah Sin Chan mengambil keputusan untuk berubah agar dia tidak ditimpa soalan itu lagi lebih-lebih lagi di akhirat kelak.

-Menyayangi seseorang, sayangilah kerana Allah kerana kamu tidak akan membiarkan mereka lalai, leka dan jahil dengan melakukan dosa yang membawa mereka ke neraka-   Firman Allah dalam Surah Ar-Rad, ayat 11 yang bermaksud,"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka".


Tiada ulasan:

Catat Ulasan